Musa Hassan saman Anwar Ibrahim Saman-menyaman Anwar Ibrahim

Pada 1 Julai 2008, Anwar telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor terhadap Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Anwar mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat dalam kes pemalsuan keterangan beliau dipukul oleh Rahim pada 1998. Ketika itu (1998), Abdul Gani merupakan timbalan pendakwa raya paling kanan manakala Musa Hassan merupakan ketua pegawai penyiasat kes membabitkan Anwar. [20]Pada 13 Julai 2008, Tan Sri Musa Hassan akan menyaman Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Anwar gagal menarik balik tuduhan bahawa beliau memalsukan keterangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipukul bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998. Firma guaman Tetuan Kamarul Hisham & Hasnol Rezua bagi pihak Musa Hassan menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Anwar. Tuduhan Anwar itu mencemarkan namanya sebagai Ketua Polis Negara.


Rujukan

WikiPedia: Saman-menyaman Anwar Ibrahim http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://malaysiakini.com/news/119516 http://malaysiakini.com/news/126678 http://malaysiakini.com/news/151899 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...